Pernahkah, apabila kamu bangun dari tidur, kamu tiba-tiba berasa hiba lalu menangis? Kenapa? Kerana kamu bermimpikan si dia. Dia yang kamu pernah cintai, tetapi telah meninggalkan kamu. Atau, dia yang hanya kamu minati dalam diam, tapi tak pernah kamu miliki. Perasaan kamu menjadi sedih, hiba dan tak keruan, pagi kamu sudah tidak seceria kelmarin. Kenapa harus kamu mengingatinya? Padahal ianya sudah berakhir antara kamu dan dia. Kamu harus memandang ke hadapan, bukalah lembaran baru dalam hati kamu. Berjalan ke tempat kerja, dan kampus, fikiran kamu hanya tertumpu pada si dia yang muncul dalam mimpi pagi tadi. Kamu tidak dapat menumpukan pada kerja dan pelajaran. Kamu tidak terdaya untuk melemparkan senyuman pada orang sekeliling. Kenapa? Kerana kamu hidup dalam kisah semalam. Kamu terperangkap dengan kisah lalu. Kamu menyedarinya, tapi kamu merelakannya. Padahal kamu tahu, walau macamana cara sekalipun kamu bersedih, dia tak akan kembali padamu. Dia sudah menjadi milik orang lain. Ken...
Ulasan
Catat Ulasan